Assalamualaikum
Untuk tahun baru Kak Idah menawarkan perkhidmatan Urutan dan mandi bunga dengan harga rm79 shj...Nikmatilah kelegaan dan kesegarannya.Bagi Ibu Ibu yang sedang hamil pakej ini sangat bersesuain untuk mengembalikan kesegaran dan keceriaan anda....Selamat Mencuba
Pembuka Kata
Monday, 23 December 2013
Monday, 17 June 2013
urutan tradisional & pakej Lepas bersalin
Promosi Bulan November 2013
Pakej Seri Wajah Hanya rm100
Urutan Badan,Scrub,Mandi Bunga
Pakej Berpantang hanya rm450 utk 5 hari....
Urutan Badan, Mandian , Bertungku, x 5 Bertangas x 2,
Mandi Baby x 5.
Terhad kepada 25 yg terawal sahaja jgn lepaskan peluang anda...
(Harga promosi tidak termasuk pengangkutan)
Pakej Seri Wajah Hanya rm100
Urutan Badan,Scrub,Mandi Bunga
Pakej Berpantang hanya rm450 utk 5 hari....
Urutan Badan, Mandian , Bertungku, x 5 Bertangas x 2,
Mandi Baby x 5.
Terhad kepada 25 yg terawal sahaja jgn lepaskan peluang anda...
(Harga promosi tidak termasuk pengangkutan)
Friday, 15 February 2013
Sijil Kemahiran Puan Idah
Sijil Kursus International Spa, Aesthetics & Wellness
Sijil Kursus AromaTherapy Bath
Sijil Kursus Urutan Bali
Sijil Kursus Holistik Spa
Sijil Kursus Urutan Traditional
Assalamualaikum semua....
Saya Puan Idah lebih dikenali sbg Kak Idah mempunyai belasan tahun pengalaman di dalam bidang urutan.Saya adalah merupakan generasi ke empat yg mempunyai kepakaran didalam bidang ini yg diwarisi dari moyang, nenek, ibu dan kini saya...Saya juga telah mengikuti kursus urutan traditional, holistik spa, Aromatherapi Bath serta seminar anjuran Kolej Komuniti Perak, MARA dan spa disekitar Kuala Lumpur dan Ipoh. Kini saya menumpukan sepenuh masa didalam bidang ini.
Selain dari bidang urutan tradisional saya juga berkemahiran dalam Urutan Stroke, Urutan Memperbetulkan Peranakkan bg yg agak sukar untuk mengandung yg aktif bersukan, Vagina Spa bagi yg agak berusia dan mengalami penurunan keghairahan didalam hubungan suami isteri.
Mandi bunga Penyeri Wajah kepada yg agak sukar mendapat jodoh , kemurungan dan bakal bakal pengantin. Sesungguhnya semua ini adalah sangat penting bagi kita sebagai seorang wanita....
Bagi ibu ibu keguguran dan bersalin yg menjalani tempoh berpantang saya menawarkan perkhidmatan urutan badan,bertungku,bertangas,mandi daun kayu dan berbarut.Saya juga akan memasak mengikut jadual pemakanan sihat yg sesuai untuk ibu yg berpantang. Selain dari memberi perkhidmatan terus ke rumah pelanggan saya juga menyediakan bilik penginapan kepada ibu ibu yg inginkan penjagaan rapi dan ibu ibu yg bersendirian ketika berpantang.Setelah habis tempoh berpantang selama 40 hari terdapat pakej istimewa untuk para ibu sbg persediaan untuk melepasi tempoh berpantang tersebut ianya termasuk Urutan badan Vigina Spa , Body Scrub,Body Masker, Hot Blanket dan Mandi Bunga Penyeri Wajah dan pakej ini sangat sesuai para wanita yg amat mementingkan kesihatan luaran dan dalaman mereka terutamanya ketika bersama pasangan anda ....
Kepada para ibu dan sesiapa saja yg memerlukan perkhidmatan tersebut silalah hubungi saya ditalian 017 5867832 untuk tempahan.
Terima Kasih.
Pakej-Pakej Yang di Sediakan
~ Tugas yang akan diuruskan hanya berkaitan ibu dan bayi SAHAJA.
Walau bagaimana pun treatment yang ditawarkan akan diubah mengikut keadaan semasa yang
bersesuaian dgn situasi bayi dan ibu pada satu masa tertentu.
Pakej pakej ini sesuai untuk bakal pengantin dan para ibu yg kepenatan bekerja dan menguruskan rumah tangga,penutup bagi yang berpantang
Pakej untuk Penjagaan Sewaktu Berpantang
1) 3 hari
--> 3x urutan 3x mandian daun kayu segar 3x bertungku FIR 1x bertangas , ikat barut setiap hari
2) 5 hari
--> 5x urutan 5x mandian daun kayu segar 5 bertungku FIR ,bertangas , ikat barut setiap hari
3) 7 hari
--> 5x urutan 7x mandian daun kayu segar bertungku FIR & bertangas , ikat barut setiap hari
4) 14 hari
--> 9x urutan 14x mandian daun kayu segar bertungku FIR & bertangas ikat barut setiap hari
5) 21 hari
--> 13x urutan 21x mandian daun kayu segar bertungku & tangas (mengikut kesesuain), 2x FIR 1x scrub,2x body masker ,ikat barut setiap hari
Pakej Penutup Pantang rm200
Urutan Badan/Sengkak/Scrub/Masker/Mandi Bunga
Mencukur rambut bayi rm100.
SEMUA RAWATAN adalah sesuai untuk yang bersalin secara normal atau pembedahan
Puan-puan juga boleh mendapatkan perkhidmatan jagaan harian pagi dan petang dgn harga yg berlainan.Saya juga boleh tinggal bersama puan sehingga jam 12 tghari atau 4 ptg dgn harga yg berbeza.
Sekiranya puan mahu saya tinggal bersma puan In Shaa Allah ianya boleh dirunding sekiranya ianya bersesuain dengan waktu kerja saya.
Selain itu sekiranya puan memerlukan jagaan rapi 24 jam puan juga boleh tinggal bersama saya dan penjagaan tersebut termasuklah makan minum dan penjagaan lain yg bersesuain.
Tugas yang akan diuruskan hanyalah yang berkaitan dengan ibu dan bayi sahaja.Walau bagaimanapun kadang kadang perkhidmatan yg telah dijadualkan terpaksa ditukar mengikut kesesuain dan keadaan ibu dan bayi pada satu satu masa ataupun diatas kehendak pelanggan sendiri.
Bayaran tambahan akan dikenakan dgn kadar minumum kepada ibu/bayi yg ingin atau perlu mendapatkan rawatan susulan ke klinik ataupun hospital berhampiran.Segalanya adalah dengan persetujuan kedua belah pihak.
Sedikit Charge tambahan akan dikenakan bagi yg tinggal diluar kawasan Halaman Meru Permai, Ipoh Perak
Cara Bayaran
30% ---> untuk Tempahan,
50% ---> pada hari pertama
20% ---> pada hari terakhir.
Tambahan
Barut ibu rm50 sehelai
Tuam bayi rm10
Subscribe to:
Posts (Atom)